Di Ipoh Perak.

Polis giat memburu seorang lelaki dipercayai terlibat kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di Bidor, September lalu.
 
Ketua Polis Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid berkata, suspek dikenali sebagai M. Anbu.
  
Penahanan seorang lagi suspek dibuat Selasa lalu di kawasan Rehat dan Rawat Dengkil.
 
Hasilnya, satu mayat berbungkus ditemui ditanam di sebuah kebun sawit di Bidor.
 
Mangsa dipercayai diserang suspek September tahun lalu, di sebuah kolam ikan dekat Kampung Poh, Bidor sebelum menghilangkan diri.
 
Masalah hutang dipercayai punca pergaduhan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini