Lelaki yang dirakam mencabul seorang kanak-kanak perempuan di dalam sebuah kedai serbaneka di Country Homes, Rawang pada Rabu lalu sedang diburu polis.Laporan polis telah dibuat ibu bapa mangsa pada Jumaat lalu.Mangsa difahamkan pergi ke kedai terbabit bersama ibu dan adiknya; sebelum kedua-dua kanak-kanak itu pergi ke bahagian belakang kedai.Dan pada ketika itulah, suspek mengambil kesempatan menyentuh badan mangsa dan melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa.Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini