Polis giat mengesan sebuah lori dipercayai terbabit dalam satu kemalangan maut di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.39-minit petang di kilometer 152, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Dalam kemalangan itu, mangsa Nur Qurratu Aini Mohd Azlan, 22 tahun, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya dipercayai telah bergesel dengan lori berkenaan. 

Mangsa yang merupakan guru tadika meninggal di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan meminta orang awam yang melihat kejadian, tampil memberi keterangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini