Polis giat memburu seorang lelaki kerana disyaki mencederakan isterinya dalam kejadian di Tasik Bandar Darul Aman, Jitra pada Sabtu lalu.

Video pergaduhan pasangan suami isteri tersebut tular di media sosial selepas dimuatnaik di aplikasi Tiktok. 

Video itu memaparkan seorang lelaki yang memegang spanar bersama seorang pengawal keselamatan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memaklumkan,
semasa kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya yang berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.
 
Bagaimanapun, suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu.

Suspek kemudian berhenti memukul mangsa dan melarikan diri.

Semakan mendapati, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pukul iaitu mendatangkan kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini