Polis sedang mengesan pengiring atau marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal berkenaan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoinya.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta tampil memberi kerjasama kepada IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau hubungi talian 06-6472222.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini