13 individu dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman tidak wujud ditahan polis dalam serbuan di unit kondominium mewah di Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang Rabu.

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 30 tahun itu terdiri dari sembilan lelaki dan empat perempuan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Nor Daud berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kegiatan sindiket judi dalam talian di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, sebaik serbuan dilakukan pihaknya mendapati ia merupakan sindiket pinjaman tidak wujud.
 
Difahamkan, sindiket tersebut mengiklankan pinjaman mereka menerusi media Facebook dan WhatsApp.
 
Hasil siasatan mendapati sindiket bergerak aktif sejak tiga minggu lalu dengan mengutip yuran pemerosesan daripada mangsa yang ditawarkan pinjaman.
 
Polis turut merampas 23 buah telefon bimbit, tiga unit komputer riba yang dipercayai digunakan untuk memperdayakan mangsa, sembilan buku catitan yang mengandungi nombor telefon mangsa serta skrip percakapan sebagai pegawai perhubungan syarikat peminjam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 427 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini