Di Kuching, Sarawak.

Polis menahan dua lelaki kerana memiliki peluru dan senjata berbahaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berumur dalam lingkungan 20an dan 30an itu, ditahan setelah memeriksa sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dicuri di Jalan Stapok Batu Kawa.

Pelbagai senjata berbahaya seperti pisau rambo, parang dan samurai; dirampas.

Turut ditemui tali pinggang mengandungi beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru.

Kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 38 dan 19 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini