Polis menamatkan sekatan jalan di bandar Oton, Ecuador yang didirikan peserta protes kenaikan harga minyak. Protes sama turut diadakan di beberapa lagi bandar utama negara itu.

Sekatan dibuat peserta dengan meletakkan pokok besar di tengah-tengah jalan utama, selain meletakkan tembok penghadang. Jalan turut disekat menggunakan timbunan tanah.

Tindakan itu membuatkan kenderaan besar terutama lori yang membawa keperluan industri terputus hubungan. Pihak berkuasa bagaimanapun berjaya menamakan sekatan terbabit pada hari kedua ia dilaksana.

Sebagai langkah berjaga-jaga, polis ditempatkan di lokasi sekatan bagi memantau kerja pembersihan. Biarpun sekatan di Oton tamat, namun sekatan seumpama di beberapa bandar lain di negara itu masih berjalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini