Polis Kanada memaklumkan telah menahan 170 peserta tunjuk perasaan sejak dua hari lalu susulan bantahan berhubung sekatan COVID-19.

Kesemua mereka ditahan selepas berhimpun di depan Parlimen, Pejabat Perdana Menteri dan Bank Kanada. Menurut Ketua Polis Interim Ottawa, Steve Bell, pihaknya juga terpaksa menggunakan semburan lada bagi menyuraikan mereka.

Penunjuk perasaan turut dilapor membaling bom asap ketika demonstrasi berlangsung.

Tunjuk perasaan itu pada mulanya berlaku sebagai bantahan bagi memaksa kerajaan parti Liberal pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau untuk memansuhkan mandat vaksin terhadap pemandu lori rentas sempadan.

Bagaimanapun, ia bertukar menjadi tunjuk perasaan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini