Seorang lelaki berumur 33 tahun ditahan polis, kerana terlibat kejadian pecah masuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan, Mersing, Johor.

Suspek ditahan di kediamannya di Kampung Sri Lumpur, pukul 2:45 petang, khamis lalu, hasil maklumat awam dan risikan polis. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, pemeriksaan di rumah suspek menjumpai barangan curi yang dianggarkan bernilai RM4,900.

Turut dirampas, 0.49 gram heroin, dan 0.22 gram Methamphetamine. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 379 A, serta Seksyen 12 (3), Seksyen 15 (1) (A) dan Seksyen 38 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penangkapan suspek turut berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan kedai di daerah tersebut, melibatkan jumlah kerugian RM60,400.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini