12 individu iaitu, tiga tekong darat, tiga pengangkut, seorang penjaga rumah penampungan dan lima migran ditahan.

Mereka yang dikenali sebagai kumpulan Janggut aktif dalam kegiatan penyeludupan migran, sejak April lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket berjaya ditumpaskan menerusi operasi khas di tiga lokasi berbeza sekitar Johor Bahru dan Kulai, pada 1 dan 2 Disember lalu. 

Menurut Datuk Ayob lagi, Sindiket didalangi warga asing, diketuai Joni Aripin atau Janggut, dibantu dua orang kanan, berusia 22 hingga 42 tahun.

Mereka bekerjasama dengan beberapa ejen yang bertindak mengatur pergerakan migran.

Bayaran RM1,300 dikenakan bagi pergerakan masuk migran dari Batam atau Tanjung Pinang, manakala RM1,500 untuk keluar dari Malaysia.

Kes disiasat Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah Khas 2012 SOSMA dan Seksyen 26(A) Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran, ATIPSOM 2007.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini