Polis Johor menahan 154 lelaki dan 80 wanita dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah dan jenayah.

Mereka ditahan menerusi Op Cahaya yang dijalankan sepanjang musim perayaan Deepavali bermula 28 Oktober hingga 10 November.

Operasi melibatkan 1,348 serbuan dan pemeriksaan keatas 4,337 individu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 66 kes kekerasan direkodkan sepanjang operasi melibatkan 30 individu ditahan.

Daripada jumlah tersebut, 16 individu merupakan ahli kumpulan kongsi gelap berumur 17 hingga 50 tahun.

Daripada jumlah tersebut, 20 individu telah diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Seramai 70 individu ditahan kerana terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, sepanjang tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini