Polis memberkas seorang lelaki yang didakwa membuat khianat membaling batu ke arah kenderaan di lebuh raya di Jitra, Kedah.

Suspek ditahan dalam satu operasi selepas mengaku melakukan tindakan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata lelaki berusia 34 tahun itu mengaku melakukan tindakan itu sejak 6 November lalu sehingga mengakibatkan cermin kenderaan pecah.

Turut dirampas, motosikal yang digunakan ketika kejadian, selain dua ketul batu yang ditemukan di dalam raga motosikal.

Suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

Suspek juga didapati positif Syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini