Polis Kelantan menerima lima unit peralatan perhubungan telekomunikasi Transportable Mobile Radio (TMR) bernilai RM140,000 bagi kegunaan dalam penugasan kepolisian di kontinjen negeri itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, TMR Model Motorola APX2500 yang disumbangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman itu akan digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) semasa sebarang bencana yang berlaku.

Katanya, TMR mampu mengatasi masalah gangguan telekomunikasi semasa keadaan seperti hujan dan banjir serta gangguan signal di sempadan negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Latihan TMR di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor, Tumpat.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, peralatan tersebut ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri Kelantan dan akan diagihkan mengikut kesesuaian dan keperluan di mana-mana daerah yang memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini