RM1.4 juta, bayaran saman diterima polis Kelantan atas pelbagai jenis kesalahan trafik yang dibayar orang ramai, dalam tempoh tiga hari sejak 9 Disember lepas berikutan pengurangan diskaun yang diberikan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah yang direkodkan sehingga semalam itu melibatkan 26,618 saman. Tunggakan saman untuk sepanjang tahun ini sahaja mencecah 84 ribu 94 daripada 121 ribu 606 keseluruhan saman yang dikeluarkan.

Beliau hadir di IPD Kota Bharu dekat Pengkalan Chepa bagi memantau urusan berkaitan pembayaran dan semakan saman.Untuk kelancaran, orang ramai juga boleh berurusan di mana-mana kaunter trafik daerah dan tidak memfokuskan IPD yang dikenal pasti menjadi tumpuan bagi mengelakkan kesesakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini