Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM55 juta membabitkan 1,952 kertas siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pelupusan melibatkan 11 jenis dadah yang merupakan kes sudah selesai perbicaraan sejak 2007 hingga 2021.

Pelupusan barang Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan itu akan dilakukan esok oleh kontraktor bertauliah dan professional yang dilantik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, dengan kos RM33,000.

Selain itu, enam sindiket berjaya dibanteras dari Januari hingga Oktober tahun ini dengan tangkapan seramai 17 orang yang rata-ratanya adalah warga tempatan.

Beliau ditemui pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini