Polis Kelantan berjaya merampas 252,000 biji pil yaba bernilai lebih RM2.5 juta di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan, kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dalam serbuan di kawasan parkir sebuah kedai makan di kampung Jejulok Bangu Kota Bharu tiga lelaki berumur 27 hingga 33 tahun ditahan.

Serentak itu 84,000 biji pil yaba bernilai RM840,000 dirampas. Susulan soal siasat ke atas suspek satu lagi serbuan dibuat ke atas sebuah rumah di kampung Takang, Tawang Bachok. Hasil serbuan, 168,000 biji pil yaba bernilai hampir RM1.7 juta , dirampas. Beliau bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu.