Mayat kedua yang ditemui berhampiran sungai di Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dikenal pasti sebagai Ng Yee Chew.
 
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat disahkan berdasarkan pemadanan ciri-ciri fizikal gigi dan rekod rawatan pergigian mangsa oleh pakar forensik pergigian Hospital Kuala Lumpur di Hospital Raja Permaisuri Bainun  semalam.

Menurutnya dalam satu kenyataan, punca kematian diklasifikasikan sebagai kecederaan pelbagai disebabkan tanah runtuh.

Mayat telah diserahkan kepada waris petang semalam.
 
Sementara itu, pihak polis akan menggunakan kaedah ujian DNA bagi mengesahkan identiti seorang lagi mangsa.

Ia susulan pihaknya masih tidak dapat menemukan padanan cap jari terhadap satu daripada mangsa iaitu See Su Yen dengan rekod sedia ada.

Kedua-dua wanita itu yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian 15 Mei lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini