Polis telah mengenal pasti individu yang terlibat dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dan sedang melakukan siasatan lengkap terhadap perkara itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, PDRM kini memantau ketat ajaran terbabit, selain memastikan perkara itu tidak akan menyebabkan kegusaran awam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Kota Kinabalu.

Tular di media sosial baharu-baharu ini seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini