Cubaan menyeludup keluar 13 bungkusan teh cina disyaki berisi syabu bernilai RM504,000 ringgit, gagal.

Sindiket itu dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Parit Jawa, Muar, Selasa lalu.
Komander PPM Wilayah Dua, ACP Muhd Zailani Abdullah memaklumkan, operasi dijalankan hasil maklumat awam dan risikan di kawasan berkenaan.

Setibanya di lokasi, pihaknya menjumpai sebuah kotak
mencurigakan, ditanam di dalam pasir, 30 meter daripada kawasan pantai.

Pemeriksaan mendapati bungkusan teh cina terbabit disembunyikan di dalam kotak berkenaan, manakala tiada suspek berhampiran lokasi kejadian.

Modus operandi tersebut merupakan salah satu taktik baharu  bagi sindiket  pengedaran dan penyeludupan dadah ke negara jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini