Seorang lelaki yang dipercayai terlibat kegiatan mengedar rokok dan arak tidak bercukai ditahan Op Kontraban oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang.

Lelaki tersebut ditahan bersama lebih 100,000 batang rokok dan 688 liter arak oleh unit risikan pasukan itu di stor belakang rumahnya di Pantai Acheh, Balik Pulau.
 
Komander Pasukan, ACP Shamsol Kassim berkata, kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih seratus RM50,000.
 
Katanya, siasatan mendapati kesemua rokok dan arak berkenaan dipercayai untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit berhampiran kawasan terbabit.
 
Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini