Dalam memastikan ketenteraman awam, Polis Kontinjen Melaka melantik tokoh masyarakat sekitar negeri itu sebagai Duta Keamanan.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, tokoh masyarakat ini akan membantu pihak polis dalam menyampaikan maklumat berkaitan jenayah secara berterusan kepada orang ramai. Mereka turut bertindak sebagai ‘orang tengah’ mengedar bahan berkaitan jenayah kepada komuniti setempat.
 
Sementara itu, dari tahun 2020 hingga bulan lalu; tiada kes membabitkan jenayah ragut dilaporkan berlaku di kawasan Jonker Street. Manakala sepanjang 2019 hanya 11 kes diterima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini