Polis Melaka menegaskan pihaknya tidak mengambil tindakan ‘dua darjat’ terhadap mana-mana parti politik sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) Dun negeri itu.

Sebaliknya tegas Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau membidas kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa pihak berkuasa mengamalkan dua darjat selepas mengenakan kompaun RM10,000 kepada PKR walaupun parti itu mengadakan ceramah tanpa kehadiran orang ramai secara fizikal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini