Polis Melaka menerima dua laporan berhubung tindakan calon membawa penyokong di dua pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata laporan membabitkan kejadian di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara, Alor Gajah dan Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, Melaka Tengah.

Difahamkan, terdapat antara 20 hingga 25 penyokong yang berkumpul kira-kira 100 meter dari pusat-pusat penamaan calon berkenaan namun disuraikan anggota polis yang bertugas.

Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara menjadi lokasi pencalonan bagi kerusi DUN Tanjung Bidara (N02), membabitkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Kompleks Komuniti Desa Telok Mas pula merupakan lokasi berlangsungnya pencalonan bagi kerusi DUN Telok Mas (N23) membabitkan pertandingan empat penjuru iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dari PN, Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH) danDatuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini