Polis Melaka berjaya menumpaskan satu sindiket keldai akaun dengan penahanan tujuh suspek termasuk sepasang kekasih.

Dengan penahanan itu juga, Polis berjaya menyelesaikan 36 kes penipuan dalam talian di seluruh negara melibatkan kerugian berjumlah RM466,380.25.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan termasuk seorang warga asing berusia antara 21 hingga 40 tahun itu ditahan dalam tiga operasi berasingan pada 4 hingga 6 Januari 2022 di Alor Gajah, Melaka; Puchong dan Kajang.
 
Katanya, tangkapan dibuat selepas menerima aduan daripada seorang mangsa lelaki yang ditawarkan peluang pekerjaan oleh suspek. 

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka, Bukit Beruang.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada bagi mengelak menjadi
mangsa Keldai Akaun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini