Polis menafikan dakwaan seorang wanita yang tular di aplikasi Tiktok berkaitan tiada tindakan diambil terhadap aduannya yang didakwa berdepan ancaman keselamatan.

Jelas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid berkata, wanita itu pernah menghubungi Balai Polis Kampung Rapat pada pagi Jumaat lalu. Kesemua laporan tersebut telah diambil tindakan sewajarnya. 

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, wanita terbabit mendakwa telah dua kali menghubungi balai polis untuk memohon bantuan kerana bimbang keselamatannya dan anak. Bagaimanapun dakwa wanita itu, tiada bantuan daripada pihak polis termasuk datang ke rumahnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini