Polis menafikan sebuah kapal terbang yang sedang dipindahkan menggunakan treler telah tersangkut dibawah jejantas di Lebuh Raya SILK, di Kajang.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.Bagaimanapun, semakan mengatakan memang berlaku pemindahan pesawat tersebut pada semalam.Namun, treler berkenaan hanya memperlahankan perjalanannya ketika melepasi jejantas tersebut untuk tujuan keselamatan.Pesawat tersebut kini telah tiba di Senai, Johor Bahru dengan selamat
Utama Edisi Semasa