Polis Melaka menafikan akan menutup sempadan negeri selama 15 hari sempena Pilihan Raya Umum DUN seperti ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata SOP yang tular adalah palsu dengan disunting daripada SOP PRN Sabah sebelum ini. Perkara itu kini disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan penularan maklumat tidak sah di media sosial dan dinasihat menghubungi Bilik Gerakan Polis Melaka jika memerlukan penjelasan.

Penamaan calon PRU DUN Melaka akan berlangsung esok, manakala tarikh mengundi pada 20 November dan undi awal – 16 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini