Tunjuk perasaan melibatkan antivaksin di Wellington menjadi tegang apabila berlaku pertempuran dengan polis New Zealand.

Keadaan lebih buruk apabila penunjuk perasaan membaling najis manusia ke arah polis yang membuat sekatan jalan raya di sekeliling kem kumpulan berkenaan di luar bangunan parlimen.

Polis New Zealand mendakwa, sebilangan besar penunjuk perasaan cuba menghalang anggota penguat kuasa ketika mereka mengalihkan penghadang lebih dekat ke arah kem.

Penunjuk perasaan mengambil alih kawasan sekitar parlimen dan memenuhi jalan raya hampir dua minggu, selain membina kem untuk meneruskan protes.

Jumlah kenderaan yang menghalang laluan di jalan raya turut meningkat kepada 800 buah pada hujung minggu apabila semakin ramai menyertai tunjuk perasaan.

Bagi mengawal keadaan kira-kira 300 anggota polis mengiringi forklift untuk meletak penghadang konkrit di jalan utama. Ramai penunjuk perasaan muncul dan menjerit ke arah mereka sebelum lapan orang ditahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini