Polis telah mengenal pasti pemilik akaun yang memuat naik video kejadian pergelutan sehingga membawa kepada kematian seorang lelaki berusia 29 tahun di pasar pagi berhampiran sebuah flat di Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga akan memanggil individu yang memberi komen negatif di media sosial yang menyalahkan polis berhubung kejadian terbabit. Beliau menambah, komen tersebut telah menimbulkan kegusaran orang ramai serta menggangu siasatan.

Rabu lalu, tiga lelaki ditahan susulan kejadian yang berlaku di pasar pagi berhampiran sebuah flat di Ipoh yang dipercayai akibat rasa berpuas hati. Mangsa dikatakan telah mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini