Polis akan menyerahkan semula kertas siasatan kes pengawal keselamatan yang maut diserang penyewa sebuah kondominium kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedang menunggu arahan bagi sebarang tindakan lanjut.

Dalam satu kenyataan, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes, memandangkan ia masih dalam perbicaraan.

Beliau turut menegaskan bahawa polis tidak pernah menggunakan perkataan ‘double jeopardy’ atau pendakwaan dua kali dalam sebarang kenyataan berkaitan kes itu seperti dilaporkan beberapa portal dan media sosial.

Ia disifatkan kenyataan tidak tepat dan mengelirukan.

27 Ogos lalu, S. Thava Sagayam, 64, meninggal dunia selepas terlantar akibat diserang seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana dikatakan cuba menghalang anak lelakinya menggunakan kolam renang di sebuah kondominium.

Polis telah membuka semula kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dengan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kes akan disebut semula pada 9 September ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini