Susulan video tular di media sosial didakwa kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Perak. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kesahihan video tersebut.

Ketika ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat kejadian sebagaimana tular.Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam ciapan di Twitter berkata siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi dibawah kementeriannya.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan tindakan susulan telah diambil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini