Polis Perak tidak akan meluluskan sebarang permohonan konvoi kenderaan yang dianjurkan mana-mana kumpulan atau individu. Ketua Polis Negeri, Datuk Mior Faridalathrash menjelaskan tindakan mengadakan aktiviti itu boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).
 
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak merancang dan memohon untuk melakukan sebarang aktiviti konvoi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan
Negara sehingga dibenarkan.
 
Sebarang aktiviti melibatkan pengumpulan ramai atau perjumpaan di lokasi-lokasi tumpuan perlu dielakkan ketika Malaysia, masih berdepan varian delta. Polis akan terus memantau pematuhan SOP yang sedang berkuatkuasa dan mana-mana individu yang gagal mematuhi akan dikenakan kompaun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini