Polis Kontinjen Perlis merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM2.03 juta sempena tawaran diskaun saman trafik yang bermula sejak 1 Disember lepas.

Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, jumlah itu adalah hasil sambutan orang ramai untuk pembayaran saman dengan pengurangan sebanyak 50 dan 80 peratus.

Bagi bayaran saman dengan pengurangan sebanyak 50 peratus bermula 1 hingga 5 Disember, sebanyak 8,295 saman dijelaskan dengan kutipan kompaun sebanyak RM848,440.00.

Manakala bagi pengurangan sebanyak 80 peratus bermula 9 Disember sehingga semalam, sebanyak 26,105 saman telah dijelaskan dengan kutipan kompaun sebanyak RM1,182,340.00.

Datuk Surina menasihatkan masyarakat agar mengambil peluang dalam tempoh yang diberikan ini untuk segera menyelesaikan kompaun tertunggak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini