Polis telah merakam percakapan tujuh individu berhubung perarakan kematian diiringi sebuah helikopter yang terbang rendah di Ipoh, Perak, 27 November lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid berkata, individu tersebut ialah waris keluarga, pemilik helikopter, juruterbang, pengurus Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengurus mayat, pengurus syarikat acara dan pemilik kuda.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya atau Jabatan Peguam Negara selepas hasil siasatan selesai.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini