Polis Rusia menahan sekurang-kurangnya 1,400 orang penunjuk perasaan anti perang yang berhimpun membantah tindakan Presiden Vladimir Putin pada hari pertama pencerobohan.

Menurut laporan 1,391 orang telah ditahan di 51 bandar seluruh Rusia sebelum dengan jumlah tangkapan terbesar di Moscow dan Saint Petersburg.

Ia susulan selepas beberapa minggu ketegangan antara dua negara berterusan, dengan kemuncaknya semalam apabila Rusia menggerakkan tentera pengamannya ke Donbas, Ukraine.

Berikutan itu, Ukraine menamatkan semua hubungan diplomatik dengan Rusia dan memanggil pulang rakyatnya yang masih berada di sana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini