Seorang lelaki warga tempatan disahkan mati mengejut dalam tahanan di lokap IPD Taiping, Perak.

Kenyataan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad memaklumkan, lelaki yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) terbabit merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping dan ditempatkan di IPD Taiping.

OKT berusia 63 tahun itu telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada 11 Januari lalu, sementara menanti sebutan seterusnya dijadual hari ini.

Datuk Azri berkata OKT itu dituduh pada 18 April tahun lalu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 324. Beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini