Polis Sarawak memberi jaminan tahap keselamatan dan kelancaran sepanjang proses pengundian PRU DUN Sarawak ke-12, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata jaminan itu dengan menempatkan lebih 7,000 anggota dan pegawai di semua pusat mengundi di seluruh negeri.

Bukit Aman juga menghantar seramai 333 orang pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah bagi membantu kelancaran tugasan.

Datuk Aidi berharap dengan jaminan yang diberikan, jumlah peratusan yang keluar mengundi akan mencapai sasaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini