Perkembangan kes orang Asli Batek di Kuala Koh Gua Musang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri .Dr Dzulkefli Ahmad memaklumkan Polis telah melakukan sekatan kemasukan orang luar ke penempatan orang asli Batek itu bagi mengelak jangkitan penyakit. Tambah beliau, para pengamal media atau mana-mana individu yang ingin memasuki kawasan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran dari Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang. Hasil pembedahan dua mayat orang Asli mendapati terdapat jangkitan kuman pada radang paru-paru mangsa. Kementerian kesihatan masih menanti keputusan ujian makmal untuk mengenalpasti punca jangkitan penyakit itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini