Pikat pelanggan melalui media sosial bagi menawarkan khidmat judi dalam talian.
 
Taktik 23 individu termasuk empat wanita ini gagal setelah mereka diberkas menerusi serbuan di dua kondominium mewah di George Town.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan melibatkan individu berusia 16 hingga 31 tahun.

Menerima gaji bulanan mencecah RM2,000 mereka menjadikan kediaman di Persiaran Gurney dan Jalan Kelawei sebagai sarang sindiket sejak bulan lalu.
 
Tidak cukup dengan itu, komisen lima peratus turut diterima sekiranya pelanggan kalah berjudi.
 
Sementara itu, dalam kes berasingan, polis merampas hampir 10 kilogram ganja mampat bernilai kira-kira RM25,000.

Rampasan menerusi penahanan dua lelaki dalam sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri.

Turut disita sebuah kereta dan wang tunai hampir RM35,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini