Polis Melaka mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung gambar tular bungkusan makanan yang diselit wang kertas RM50 yang didakwa mempunyai unsur politik untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum DUN Melaka pada 20 November ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisoner Azlan Abu berkata, gambar tersebut dimuat naik dan tular serta didakwa berlaku di Melaka.

Warganet mendakwa program itu berunsurkan politik bagi tujuan meraih undi.

Susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain gambar, turut tular satu klip video berhubung kejadian yang menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada warga emas.

Bagaimanapun, Azlan Abu berkata menerusi klip tersebut pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini