Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing tidak memakai pelitup muka di taman KLCC di Kuala Lumpur yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, ciapan berserta gambar wanita yang digelar ‘Karen’ oleh warganet itu dimuat naik di Twitter.

Kertas siasatan dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini