Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pukul di Jalan PUJ 3, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 21 saat yang tular di Facebook itu.

Anbalagan berkata, punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti.

Ini kerana sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan terhadap kejadian berkenaan.

Polis memohon kerjasama individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan atau orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Semalam, tular video seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul pemandu van berwarna putih dan menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini