Polis sedang menyiasat perarakan yang diiringi menggunakan khidmat helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh dipercayai melibatkan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kesalahan dan sama ada mereka mempunyai permit mengadakan perarakan.

Tambah beliau, perarakan tidak dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), terutamanya melibatkan kematian. Beliau berkata demikian dalam sidang media Pelancaran Op Cegah Jenayah Khas Kontinjen Perak malam tadi yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi.

Tegasnya, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan laporan diterima berhubung kejadian yang turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu. Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian – Bernama

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini