Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang semalam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris meminta semua pihak bertenang dan tidak menularkan gambar serta video kejadian itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut.Polis juga sedang meneliti beberapa laporan polis bagi membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.Terdahulu, penduduk Bachang digemparkan dengan kejadian kira-kira 30 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab kira-kira pukul 8.00 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini