Satu sindiket penipuan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) palsu ditumpaskan dengan penahanan 19 individu warga tempatan.

Sindiket dipercayai aktif sejak 2015 dengan mengenakan bayaran antara RM25,000 hingga RM103,000 untuk tawaran gelaran terbabit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, kesemua mereka berusia antara 30 hingga 63 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas melibatkan beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.
 
Ia susulan laporan polis oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 5 Oktober lalu yang mengesan beberapa individu tidak bertanggungjawab menggunakan darjah kebesaran DSDK sebelum mendapat kurniaan daripada Tuanku Sultan Kedah.

Turut dirampas, aksesori dan dokumen serta peralatan berkaitan yang digunakan sindiket selain kad keahlian Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah palsu, jata Negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini