Polis berjaya menahan dua lelaki kurang empat jam selepas disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata kedua-dua suspek berusia 33 tahun ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Beliau memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek masing-masing seorang penganggur dan berkerja sendiri disyaki mengenali mangsa.

Polis turut menemukan senjata dipercayai digunakan untuk menikam warga emas berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Ujar beliau lagi, suspek utama kes memiliki satu rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang esok untuk permohonan reman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini