Empat lelaki ditahan dipercayai terlibat kes penularan video sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kesemua suspek merupakan warga Nepal berumur antara 26 hingga 27 tahun. Kesemua suspek diberkas di kawasan Meru Klang.

Turut dirampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuatnaik hantaran yang ditularkan. Usaha bagi mengesan suspek yang masih bebas masih diteruskan. Individu terlibat dalam rakaman video itu diminta tampil membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini