Seorang Pengedar dadah ditahan Polis ketika sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Belimbing Tanah Merah, Kelantan Rabu lalu.

Susulan penahanan itu, polis membuat dua lagi serbuan yang membawa kepada penemuan 1.5 kilogram heroin, dianggarkan bernilai RM380,000

Ketika serbuan, suspek berusia 25 tahun cuba melarikan diri selepas mencampakkan sesuatu ke tanah, namun berjaya ditahan.
 
Hasil pemeriksaan, polis menemui 30 botol dadah jenis heroin seberat 198.5 gram yang dibungkus dalam kertas surat khabar.

Suspek kemudiannya membawa polis ke rumah neneknya, dan satu beg galas mengandungi 10 botol berisi 59.2 gram heroin ditemui di sebuah bilik.
 
Suspek ditahan reman seminggu bermula semalam hingga 24 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini