Polis Melaka berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 7 laras senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru Melaka, Selasa lalu.
 
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan bersama senjata berkenaan dalam serbuan OP Laras pada pukul 1.15 tengahari.

Menurutnya komponen senjata dibeli dari luar negara secara haram dan dibungkus untuk dijual kepada pelanggan dengan harga RM3,500.

Suspek mempunyai 3 rekod jenayah dan pernah ditangkap tahun lalu kerana terlibat penyeludupan senjata jenis riffle.
 
Kes di siasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan suspek direman sehingga 8 Januari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini